بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Selamat datang ke Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas, Skudai, JDT

Thursday 28 December 2017

Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Sambutan 10 Tahun Surau Ar Raudhah As-Sakinah

Tarikh       : 23 Disember 2017 
Anjuran     : Surau Ar Raudhah As-Sakinah Taman Pulai Emas dengan kerjasama
                 UMNO Gelang Patah
Program     : Penyampaian Sumbangan Pra Persekolahan untuk Golongan Asnaf,
                  Pertandingan Nasyid, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Tilawah, 
                  Pertandingan Seni Khat, Pertandingan Bercerita

Penceramah : Ustaz Mohd Hanafiah bin Abdul Malek


Kem Remaja Superb 2017


Kem Remaja Superb 2017

Tarikh   : 9 - 10 Disember 2017
Tempat : Surau Ar-Raudhah As-Sakinah Taman Pulai Emas

Seramai 54 orang telah meyertai kem yang dianjurkan oleh Surau


Program Santai Remaja 2017

Tarikh : 26 November 2017 
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Ar-Raudhah As-Sakinah Taman Pulai Emas 
               dengan kerjasama surau berdekatan :Surau Pulai Jaya 1, Surau Pulai Jaya 2,Surau At-Taqwa
               Surau Pulai Mesra, Surau Pulai Perdana 2
Kehadiran : Dianggarkan seramai 200 remaja telah berjaya dikumpulkan pada malam tersebut.





Tuesday 21 November 2017

Program Santai Remaja 2017



Kuliah Maghrib Perdana



Tarikh :17 November 2017 Bersamaan 28 Safar 1439H
 Lokasi : Surau Ar-Raudhah As-Sakinah Taman Pulai Emas

Alhamdulilah..Kuliah Maghrib Perdana ini telah Pon dijalankan Dengan Lancarnya..Kuliah Maghrib Ini Dibawakan Oleh Penceramah Jemputan Iaitu Ustaz Nik Ahmad Farhan ( DA'I FARHAN )..Alhamdulilah,sambutan amat menggalakkan dengan Kehadiran Jemaah Surau Taman Pulai Emas Dan Jemaah Surau Taman Pulai Jaya 1 & 2 Serta Sekitarnya..Jawatankuasa Surau Taman Pulai Emas Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Atas Kehadiran Tuan/Puan..Semoga Diberkati Allah S.W.T..


Thursday 16 November 2017

Sunday 1 October 2017


Sambutan Maal Hijrah & Program Semarak Muhibbah 1 Malaysia

Anjuran bersama Yayasan Penyayang MPJBT , Surau Taman Pulai Emas dan 
Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 3


Tarikh       : 29 ~ 30 September 2017
Lokasi      : Taman Pulai Emas

Aturcara Program 

29 September 2107       
 8.45 malam    : Perasmian Maktabah Al-Ghazali  oleh Tn Hj Farid bin Naim
9.10 malam     : Ucapan Perasmian oleh  Tn Hj Farid bin Naim
9.30 malam     : Ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz Hj Mohd Hidris bin Shahri
                          Pengerusi Pertubuhan Al Khairiah Maahad Tahfiz Mersing

30 September 2017
7.30 pagi         : Aerobik khas untuk wanita dan kanak-kanak
8.30 pagi          : Perlawanan Futsal ( Gelenggang Futsal )
                           Perlawanan Ping Pong  ( Balai Raya Taman Pulai Emas)
10.00 pagi        : Pertandingan Mewarna kanak-kanak ( Surau TPE )
                           Pertandingan Gubahan untuk kaum wanita ( Surau TPE )
8.00 malam      : Pertandinan Bowling ( Top Bowl , Skudai Parade )
       
        



Monday 4 September 2017

Program Ibadah Korban 1438H

Program Ibadah Korban anjuran Surau Ar Raudhah As Sakinah Taman Pulai Emas telah dijalankan pada Hari Raya Aidil Adha 1 Sepetember 2017 . Program ini telah dijalankan selepas solat Jumaat sekitar jam 2.00 petang. Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini dengan jumlah peyertaan seramai 42 orang . Pada majlis ini berlangsung seramai kira-kira 100 orang sukarelawan telah bersama-sama berganding bahu menjayakan program pada tahun ini.


 
 
 










Monday 31 July 2017

Majlis Sambutan Hari Raya & Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik

Majlis Sambutan Hari Raya & Penyampaian Kecermerlangan anjuran Surau Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas

Tarikh : 23 Julai 2017
Masa   : 7.00 ptg - 11.00 malam



Wednesday 12 July 2017

Program Ziarah Marhaban anjuran Surau Taman Pulai Emas


Program Marhaban anjuran Surau Ar-Raudhah As-Sakinah Taman Pulai Emas telah dijalankan bermula 10 hingga 19 Julai 2017. Seramai 45 jemaah telah mengambil bahagian dalam program kali ini. Program ini turut disertai oleh remaja serta anak-anak jemaah yang turut bersama-sama menjayakan program ini.




Monday 19 June 2017

Iftar Perdana & Sumbangan Ramadhan

Pada 17 Jun 2017, pihak Jawatankuasa Surau telah menganjurkan Iftar Perdana peringkat Surau Taman Pulai Emas. Majlis berlangsung dalam keadaan yang ceria dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua kariah. Majlis bermula pada jam 6.00 petang dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU)

Seramai 20 orang anak yatim dan 5 orang kelainan upaya (OKU) telah menerima sumbangan dalam membantu untuk persiapan dan persediaan menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk wang tunai dan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan tepung. Tuan Haji Ayub bin Yasir, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kulai telah berbesar hati untuk merasmikan majlis dan menyampaikan sumbangan kepada para penerima. Jumlah kutipan tunai terkumpul adalah sebanyak RM7,000 hasil dari sumbangan kariah Taman Pulai Emas dan kawasan sekitarnya.

Selesai sahaja penyampaian sumbangan, majlis diteruskan dengan iftar dan seterusnya solat berjemaah. Penampilan istimewa bersama Imam Ahmad Rami Marwan Al-Hafiz dari Syiria yang mengimamkan Solat Tarawikh pada malam tersebut.

Wednesday 31 May 2017

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal dan Fakir Miskin

Pihak Jawatankuasa Surau telah menganjurkan program penyampaian sumbangan kepada ibu-ibu tunggal dan fakir miskin yang tinggal di Taman Pulai Emas. Program ini adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada kariah Taman Pulai Emas dan sebagai persediaan Ramadhan yang bakal menjelang.

Program ini telah diadakan pada 25 Mei 2017, selepas Solat Maghrib di Surau Taman Pulai Emas. Seramai 34 orang ibu tunggal dan 12 orang fakir miskin telah menerima sumbangan dalam majlis ini.

Thursday 9 March 2017

Aktiviti HELWA

Kelas Membuat Kuih Lopes, Donat dan Tako anjuran HELWA pada Hari Jumaat 17 Februari 2017 jam 3.00 petang.


Tuesday 24 January 2017

Kelas Membuat Kuih Lopes


Program    : Kelas Membuat Kuih Lopes
Pengajar    : Pn. Norasmah
Tarikh       : 17 Februari 2017 (Jumaat)
Masa        : 3.00 hingga 5.00 petang
Penyertaan : Percuma
Lokasi       : Surau Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas


Muslimah dijemput hadir