Sejarah
Pembinaan Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah
Taman Pulai Emas adalah sebuah taman yang tidak asing bagi penduduk sekitarnya. Telah mula didiami sekitar tahun 2000 hingga kini dan mempunyai kepadatan 1,000 pintu yang terdiri daripada 80% muslim manakala 20% adalah dari pelbagai agama dan kaum.
Peringkat awal, penduduk Muslim Taman Pulai Emas hanya menumpang Musholla di Taman Pulai Jaya. Tahun 2006 atas usaha beberapa orang jemaah, maka terbentuklah satu jawatankuasa pembinaan surau di rumah Tn. Hj Masiran bin Roslan. Dalam agenda perbincangan yang telah dipengerusikan oleh Ust. Katiman bin Jamiran, telah bersetuju mengutip RM100 bagi setiap keluarga sebagai permulaan dana pembinaan surau.
Alhamdulillah, berkat sokongan dan kerja
keras jawatankuasa, dalam masa 3 bulan dana yang terkumpul adalah lebih kurang
RM30,000, dan awal april 2006, akhirnya jawatankuasa bersetuju untuk
membangunkan sebuah surau di tapak yang sedia ada sekarang ini dengan keluasan
30 lebar x 40 panjang'. Kutipan demi kutipan terus dijalankan oleh
jawatankuasa dan jemaah melalui badan NGO, pertubuhan kerajaan dan juga bantuan
dari pejabat pembangunan negeri, akhirnya kami mendapat derma dari pelbagai
pihak termasuklah peruntukan dari pejabat pembangunan negeri secara
"Direct Grant" sebanyak RM100,000.
Akhirnya, surau ini siap dibina dan dapat
digunakan pada awal 01 Ramadhan 1427 h. dengan kapasiti jemaah lebih kurang 200
orang. Dan disini lah bermulanya fasa Pertama pembinaan surau ini, dan
diberi nama dengan "SURAU AR-RAUDHAH AS-SAKINAH ". dan jawatankuasa
masih mengekalkan jawatan Pengerusi iaitu Ust Katiman bin Jamiran sehingga
kini. Keseluruhan kos pembinaan surau ini lebih kurang RM 350,000.00 tidak termasuk barang -barang yang didermakan
dari pelbagai pihak.
Fasa Kedua, surau ini mula
dilakasanakan awal tahun 2014 ketika mana surau ini sudah tidak dapat menampung
kebanjiran jemaah terutama pada waktu puncak, tambahan pula pada Mei tahun 2014
, surau ini telah dinaiktaraf untuk didirikan solat jumaat, sekali lagi
jawatankuasa bertungkus lumus untuk menjayakan hasrat tersebut dengan membesarkan
lagi bangunan utama dengan keluasan 52 kaki lebar x 25 kaki panjang. dengan kos
keseluruhan sebanyak RM 89,900.00 oleh Syarikat
My Sutera Enterprise. Keseluruhan kos pembinaan fasa 2 adalah hasil sumbangan penduduk, badan NGO dan
Majlis Makan Malam di KSL Hotel pada 25 Mac 2014 yang dirasmikan oleh Ketua
Bahagian UMNO Gelang Patah iaitu Tn Hj. Khairy bin Abdul Malik. Seramai lebih
kurang 800 penyertaan telah hadir di majlis tersebut dengan kutipan sebanyak RM
85,000.00
Fasa Ketiga, Akhir Disember 2014,
jawatankuasa merasakan penambahan ruang solat di surau yang ada tidak dapat
menampung jemaah yang ada terutama waktu puncak, oleh itu, Jawatankuasa
pembangunan sekali lagi mengambil keputusan sebulat suara dari AJK untuk membina ruang
solat terbuka di bahagian belakang, dengan kos keseluruhannya RM 27,500.00 Jawatankuasa mengharapkan dengan adanya usaha pembesaran ruang solat bangunan surau akan dapat memberikan
keselesaan kepada jemaah, bukan sahaja waktu puncak, bahkan lebih penting dari
itu waktu-waktu solat fardu 5 waktu pada setiap hari.
Fasa Keempat,
Fasa ini dijalankan pada akhir tahun 2015, didalam
fasa keempat ini jawatankuasa membuat penambahbaikan bagi keselesaan para jemaah
yang datang menunaikan solat di surau ini. Penambahbaikkan dijalankan pada
ruang solat terbuka dimana jubin dipasang diseluruh kawasan solat terbuka
disamping pemasangan batu angin dan pagar bagi mengelakkan kawasan solat
terdedah kepada anjing liar. Bagi jemaah wanita juga disiapkan tempat mengambil
wuduk khas yang tertutup serta tandas.Jawatankuasa juga menilai akan
ketidakselesaan para imam dan bilal, maka difasa keempat ini juga dibangunkan
ruang tambahan bagi imam dan bilal berehat. Kos keseluruhan di fasa keempat ini
sebanyak RM130,000.00 dimana kos ini adalah dari peruntukkan Pejabat Pembangunan
Negeri Johor. Semoga
Allah sentiasa merahmati semua yang telah menjayakan pembinaan dan penambaikkan
surau hinggalah sekarang ini....amin.
No comments:
Post a Comment