بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Selamat datang ke Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas, Skudai, JDT

Wednesday 31 May 2017

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal dan Fakir Miskin

Pihak Jawatankuasa Surau telah menganjurkan program penyampaian sumbangan kepada ibu-ibu tunggal dan fakir miskin yang tinggal di Taman Pulai Emas. Program ini adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada kariah Taman Pulai Emas dan sebagai persediaan Ramadhan yang bakal menjelang.

Program ini telah diadakan pada 25 Mei 2017, selepas Solat Maghrib di Surau Taman Pulai Emas. Seramai 34 orang ibu tunggal dan 12 orang fakir miskin telah menerima sumbangan dalam majlis ini.