Pada 17 Jun 2017, pihak Jawatankuasa Surau telah menganjurkan Iftar Perdana peringkat Surau Taman Pulai Emas. Majlis berlangsung dalam keadaan yang ceria dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua kariah. Majlis bermula pada jam 6.00 petang dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU)
Seramai 20 orang anak yatim dan 5 orang kelainan upaya (OKU) telah menerima sumbangan dalam membantu untuk persiapan dan persediaan menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk wang tunai dan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan tepung. Tuan Haji Ayub bin Yasir, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kulai telah berbesar hati untuk merasmikan majlis dan menyampaikan sumbangan kepada para penerima. Jumlah kutipan tunai terkumpul adalah sebanyak RM7,000 hasil dari sumbangan kariah Taman Pulai Emas dan kawasan sekitarnya.
Selesai sahaja penyampaian sumbangan, majlis diteruskan dengan iftar dan seterusnya solat berjemaah. Penampilan istimewa bersama Imam Ahmad Rami Marwan Al-Hafiz dari Syiria yang mengimamkan Solat Tarawikh pada malam tersebut.