بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Selamat datang ke Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas, Skudai, JDT

Monday 3 September 2018

Kuliah Subuh Merdeka Sempena Program Santai Merdeka 2018


Tarikh : 31 Ogos 2018 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Subuh
Tempat : Surau Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas
Penceramah : Ustaz Halim Shah Bin Anuar

Alhamdulilah, Program Santai Merdeka 2018 ini dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih kepada Jemaah & Qariah Surau yang turut hadir bagi menyahut Cabaran 300 orang Solat Subuh Berjemaah dan seterusnya mendengar Kuliah Subuh. Namun begitu, atas izin Allah SWT hanya 72 orang sahaja jemaah yang dapat hadir. Semoga Allah membalas segala amalan hamba²Nya yang rajin ke Surau dan mengimarahkan surau.





Program Santai Merdeka 2018


Tarikh : 30 Ogos 2018 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib - 1:00 pagi
Tempat : Surau Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas


Program dimulakan dengan Perkongsian Palestin Mengenai Kemerdekaan & Perjuangan  bersama Persatuan MyCARE Johor (Humanitarian Care Malaysia) yang Disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hj. Md. Zin bin Kandar (Pengerusi MyCARE Johor) dan diikuti dengan jamuan kepada para jemaah.

Program diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah. Program Ceramah Perdana Semarak Merdeka telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Fairuz Bin Ali Bakar. Sepanjang aktiviti ceramah ini berlangsung, program pertandingan mewarna bagi kanak-Kanak 12 tahun kebawah dan aktiviti cabutan bertuah telah dijalankan.

Acara diteruskan dengan Pertandingan Pakaian Beragam Patriotik dan Pertandingan Bersajak Kategori Terbuka. Dalam menantikan detik jam 12 tengah malam, semua lampu telah ditutup dan keadaan sepi seketika. Tepat jam 12 malam, Pengerusi Surau telah melaungkan jeritan Merdeka! sebanyak 3 kali dan diikuti nyanyian Negaraku. Percikan bunga api dan mercun telah memeriahkan lagi aktiviti kali ini.

Akhir sekali, Pengerusi dan seluruh AJK Surau Taman Pulai Emas merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyumbang hadiah cabutan bertuah dan semua jemaah yang hadir dalam Program Santai Merdeka 2018.


Sekian, terima kasih.





Monday 27 August 2018

Program Ibadah Qurban & Aqiqah 1439H



Tarikh: 22 Ogos 2018 
Tempat: Surau Ar-Raudhah As-Sakinah
 
Sebanyak 7 ekor Lembu dan 3 ekor kambing telah dikorbankan pada tahun ini. Program dijalankan selepas solat sunat Aidil Adha . Jam 10 pagi seramai 100 sukarelawan lelaki dan wanita telah dapat bersama-sama membantu dalam majlis korban pada tahun ini. Agihan daging-daging korban telah dapat dilaksanakan sebelum solat zohor. 

Pihak AJK Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta korban dan juga sukarelawan yang terlibat dalam program pada tahun ini.




Saturday 9 June 2018

Majlis Khatam Al-Quran Remaja


Tarikh : 7 Jun 2018 (Khamis)
Masa : 5:00 petang
Tempat : Ruang Solat Utama Surau Ar-Raudhah As-Sakinah

Alhamdulilah, seramai 20 orang peserta telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran ini. Semoga mereka sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran serta menjadikan Al-Quran sebagai sahabat, peneman, penerang hati kalian. Amiin..

#RamadanKareem
#10MalamTerakhir




Majlis Berbuka Puasa Perdana Bersama YB Sr. Dzulkifli bin Hj. Ahmad



Tarikh : 7 Jun 2018 (Khamis)
Masa : 7:11 malam
Tempat : Surau Ar-Raudhah As-Sakinah

Alhamdulilah, Majlis Berbuka Puasa Perdana bersama wakil rasmi ADUN Nusajaya, Tuan Haji Isnin bin Hassan telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih juga kepada Pengerusi Surau Al Amin BPJ1 & Pengerusi Surau Al-Falah BPJ2 kerana turut hadir ke majlis tersebut. Terima kasih kepada semua  AJK Surau Taman Pulai Emas kerana telah bertungkus lumus menyiapkan juadah berbuka ini. Semoga Allah Merahmati Mereka.

#RamadanKareem
#10MalamTerakhir




Friday 8 June 2018

Program Pengagihan Bubur Lambuk & Gotong-Royong Memasak Juadah Berbuka Puasa


Tarikh : 7 Jun 2018 ( Khamis )
Masa : Selepas Solat Asar
Tempat : Surau Ar-Raudhah As-Sakinah

Alhamdulilah,Program Tersebut Telah Dapat Dijalankan Dengan Bekerjasama. Ramai Jemaah Turut Membantu Dalam Membungkus Bubur Lambuk (AJK Helwa) Dan Gotong-Royong Memasak. Di Bulan Yang Mulia Ini Dapat Merapatkan Lagi Ukhuwah Persahabatan..Amiin..

#RamadanKareem
#10MalamTerakhir




Sunday 3 June 2018

Majlis Khatam Al-Quran Helwa


MAJLIS KHATAM AL-QURAN HELWA

Tarikh : 2 Jun 2018 ( Sabtu ) Bersamaan 18 Ramadan 1439H
Masa : 8:30 Pagi - 10:30 Pagi
Tempat : Ruang Solat Utama Surau Ar-Raudhah As-Sakinah,Taman Pulai Emas
Anjuran : Helwa Surau Taman Pulai Emas

- Alhamdulilah,Majlis Khatam Helwa Telah Selesai Dijalankan.Seramai 30 Orang Peserta Yang Telah Menyertai Majlis Khatam Ini.Terima Kasih Diucapkan Kepada Semua Qariah Taman Pulai Emas Yang Hadir Bagi Sama² Memeriahkan Lagi Majlis Khatam Al-Quran Ini.Terima Kasih Juga Kepada Penyumbang Bunga Telur,Penyumbang Cenderamata Buat Para Peserta Dan Sebagainya.Semoga Allah Membalas Jasa Hamba²nya..InsyaAllah.

#YangbaikitudatangdaripadaAllah
#YangburukituDatangDariKita
#SalamRamadan
#RamadanKareem