بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Selamat datang ke Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas, Skudai, JDT

Monday, 3 September 2018

Kuliah Subuh Merdeka Sempena Program Santai Merdeka 2018


Tarikh : 31 Ogos 2018 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Subuh
Tempat : Surau Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas
Penceramah : Ustaz Halim Shah Bin Anuar

Alhamdulilah, Program Santai Merdeka 2018 ini dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih kepada Jemaah & Qariah Surau yang turut hadir bagi menyahut Cabaran 300 orang Solat Subuh Berjemaah dan seterusnya mendengar Kuliah Subuh. Namun begitu, atas izin Allah SWT hanya 72 orang sahaja jemaah yang dapat hadir. Semoga Allah membalas segala amalan hamba²Nya yang rajin ke Surau dan mengimarahkan surau.





Program Santai Merdeka 2018


Tarikh : 30 Ogos 2018 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib - 1:00 pagi
Tempat : Surau Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas


Program dimulakan dengan Perkongsian Palestin Mengenai Kemerdekaan & Perjuangan  bersama Persatuan MyCARE Johor (Humanitarian Care Malaysia) yang Disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hj. Md. Zin bin Kandar (Pengerusi MyCARE Johor) dan diikuti dengan jamuan kepada para jemaah.

Program diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah. Program Ceramah Perdana Semarak Merdeka telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Fairuz Bin Ali Bakar. Sepanjang aktiviti ceramah ini berlangsung, program pertandingan mewarna bagi kanak-Kanak 12 tahun kebawah dan aktiviti cabutan bertuah telah dijalankan.

Acara diteruskan dengan Pertandingan Pakaian Beragam Patriotik dan Pertandingan Bersajak Kategori Terbuka. Dalam menantikan detik jam 12 tengah malam, semua lampu telah ditutup dan keadaan sepi seketika. Tepat jam 12 malam, Pengerusi Surau telah melaungkan jeritan Merdeka! sebanyak 3 kali dan diikuti nyanyian Negaraku. Percikan bunga api dan mercun telah memeriahkan lagi aktiviti kali ini.

Akhir sekali, Pengerusi dan seluruh AJK Surau Taman Pulai Emas merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyumbang hadiah cabutan bertuah dan semua jemaah yang hadir dalam Program Santai Merdeka 2018.


Sekian, terima kasih.