بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Selamat datang ke Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas, Skudai, JDT

Sunday 20 January 2019

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440H 2019

 Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah 
Taman Pulai Emas

Tarikh          :  12 Januari 2019
Masa            : 5.30ptg - 11.00mlm
Penceramah : Tn Haji Sabarudin bin Isnin (Kadi Daerah Kulai )


Program Sambutan Maulidur Rasul yang saban tahun diadakan di Taman Pulai Emas, pada kali ini ianya lebih bermakna kerana Sambutan Maulidur Rasul 1440H ini berlangsung di Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah setelah ianya dinaiktaraf status Masjid pada 2 November 2018. Program ini bermula seawal jam 5.30 petang dengan perarakkan diketuai oleh Imam Masjid bermula di lorong 2/2 sehingga ke Masjid. Kira-kira seramai 150orang menyertai perarakkan tersebut.

 Setelah perarakkan sampai di masjid , para tetamu disajikan dengan makanan yang enak yang disediakan oleh para pertugas . Jamuan makan ini disediakan secara bergotong royong oleh jemaah masjid. Selesai solat maghrib diadakan program Peyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi PT3, UPSR dan UPKK. Seramai 60orang anak-anak sekitar Taman Pulai Emas dan Taman Pulai Jaya telah menerima hadiah kecemerlangan tersebut.Pihak AJK Masjid mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua penerima dan juga ibu bapa yang terlibat.

Program kemuncak diadakan selepas solat isyak dengan ceramah yang disampaikan oleh As Syeikh Tuan Haji Sabarudin bin Isnin kadi Daerah Kulai. ceramah ini juga dihadiri oleh Exco Johor YB Sr Dzukefly bin Ahmad. Majlis tamat pada jam 11.00 malam. AJK mengucapkan ribuan terima kasih pada jemaah serta tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis sambutam pada tahun ini.