بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Selamat datang ke Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas, Skudai, JDT

Tuesday 19 January 2016

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Surau Ar Raudhah As Sakinah 1437H

Majlis ini telah diadakan pada 15 januari 2016 bersamaan dengan 22 Rabiatulakhir 1437H. Majlis sambutan ini berjaya menarik seluruh jemaah sekitar Taman Pulai Emas, Taman Pulai Jaya dan sekitarnya, dianggarkan sekitar 500 jemaah bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Majlis bermula jam 6.15 petang dengan perarakkan jemaah yang diketuai oleh Imam Hamizat dan Imam Abd Majid. Para jemaah disajikan dengan hidangan yang telah disediakan oleh para AJK dan petugas.Program bersambung selepas solat maghrib dengan marhaban dan juga majlis peyampaian anugerah Kecemerlangan PT3 dan UPSR untuk anak-anak Taman Pulai Emas.Kemuncak program adalah syarahan perdana oleh Ustaz Mohidin dan Ustazah Isfadiah yang diadakan selepas solat isyak.Program berakhir pada jam 11.00 malam.






  












No comments:

Post a Comment