بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Selamat datang ke Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas, Skudai, JDT

Wednesday 28 December 2016

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Yatim Taman Pulai Emas

Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan yang diadakan pada 27 Disember 2016 ini adalah hasil daripada sumbangan kariah Taman Pulai Emas serta kawasan sekitar yang turut sama menyumbangkan bagi membantu meringankan beban kepada anak-anak yatim Taman Pulai Emas. Jumlah kutipan terkumpul adalah sebanyak RM8,044.00. Bantuan persekolahan yang diberikan dalam bentuk wang tunai serta kelengkapan persekolahan yang berjumlah RM335.16 setiap seorang. Seramai 25 orang anak-anak yatim Taman Pulai Emas telah menerima bantuan persekolahan pada kali ini.

Pihak Jawatankuasa Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan serta yang membantu dalam menjayakan program ini. Pihak Jawatankuasa juga mengharapkan sokongan orang ramai dalam membantu apa juga program-program yang akan dijalankan oleh pihak surau pada masa akan datang.





















No comments:

Post a Comment