بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Selamat datang ke Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas, Skudai, JDT

Thursday 3 May 2018

Program Kursus Intensif Pengurusan Jenazah Anjuran Helwa Surau Taman Pulai Emas Dengan Kerjasama Helwa Taman Pulai Jaya Dan Taman Pulai Emas

PROGRAM KURSUS INTENSIF PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN HELWA SURAU TAMAN PULAI EMAS DENGAN KERJASAMA HELWA TAMAN PULAI JAYA DAN TAMAN PULAI EMAS

Tarikh : 1 Mei 2018 ( Selasa ) Bersamaan 15 Syabaan 1439H
Masa : 8:30 Pagi - 3:00 Petang
Tempat : Ruang Solat Tambahan Surau Taman Pulai Emas
Pembimbing : Ustazah Dr.Naemah Binti Hamzah
Anjuran : Helwa Surau Taman Pulai Emas
Kerjasama : Helwa Bandar Pulai Jaya Dan Taman Pulai Emas

- Alhamdulilah,Program Tersebut Telah Pon Dijalankan Dengan Lancar..Seramai 20 Orang Peserta Dari Taman Pulai Emas Dan Taman Pulai Jaya..Slot Yang Dianjurkan Ialah Cara Memandikan Jenazah,Mengafankan Jenazah,Memotong Kain Kafan Dan Lain-Lain Yang Penting Dan Perlu Tahu Setiap Umat Islam..Jamuan Untuk Program Tersebut Juga Ditaja Oleh Pihak Helwa Taman Pulai Jaya..Terima Kasih Kepada Semua Peserta Yang Melibatkan Diri Dalam Program Mulia Ini..Terima Kasih Juga Kepada AJK Helwa Surau TPE Kerana Telah Membantu Dalam Program Tersebut..Dan Terima Kasih Juga Kepada Helwa Taman Pulai Emas Kerana Telah Menajakan Jamuan Serta Membawa Model Dari Taman Pulai Jaya...Semoga Diberkati Allah Swt..Semoga Mendapat Pahala Dan Hidayah Dalam Program Tersebut..

"Yang Baik Itu Datang Daripada Allah,Yang Buruk Itu Datang Dari Kita"

Hadits Kematian

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kamu akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

“Di mana saja kamu berada, kematian pasti akan mendapati kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.” (An-Nisa`: 78)

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

“Seluruh yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).” (Ar-Rahman: 26)

أَكْثِرُوْا ذِكْرَ هَاذمِ اللَّذَّاتِ

“Perbanyaklah  mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan segala macam kelezatan(kematian).” (HR. At-Tirmidzi)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati,” sudah mencukupi bagi orang yang mendengar dan melihat.

أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا، أُولَئِكَ أَكْيَاسٌ
“Orang yang paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdas.” (HR. Ibnu Majah no. 4259, dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 1384)

فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ

“Maka apabila telah tiba ajal mereka (waktu yang telah ditentukan), tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula mereka dapat mendahulukannya.” (An-Nahl: 61)

"Setiap Yang Bernyawa,Pasti Akan Merasai Mati"












No comments:

Post a Comment