بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Selamat datang ke Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas, Skudai, JDT

Wednesday 28 December 2016

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Yatim Taman Pulai Emas

Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan yang diadakan pada 27 Disember 2016 ini adalah hasil daripada sumbangan kariah Taman Pulai Emas serta kawasan sekitar yang turut sama menyumbangkan bagi membantu meringankan beban kepada anak-anak yatim Taman Pulai Emas. Jumlah kutipan terkumpul adalah sebanyak RM8,044.00. Bantuan persekolahan yang diberikan dalam bentuk wang tunai serta kelengkapan persekolahan yang berjumlah RM335.16 setiap seorang. Seramai 25 orang anak-anak yatim Taman Pulai Emas telah menerima bantuan persekolahan pada kali ini.

Pihak Jawatankuasa Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan serta yang membantu dalam menjayakan program ini. Pihak Jawatankuasa juga mengharapkan sokongan orang ramai dalam membantu apa juga program-program yang akan dijalankan oleh pihak surau pada masa akan datang.



Monday 28 November 2016

Sunday 2 October 2016

Thursday 22 September 2016

Program Ibadah Korban 2016


Tarikh : 12 Septembar 2016 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Binatang Korban : 11 ekor Lembu


Thursday 1 September 2016

Mini Karnival Merdeka Surau Taman Pulai Emas 2016


Tarikh             : 31 Ogos 2016 (Rabu)
Mula               : 8.00 pagi (Pendaftaran)
Tempat            : Surau Taman Pulai Emas



Tuesday 30 August 2016

Mini Karnival Merdeka 2016


Tarikh             : 31 Ogos 2016 ( Rabu )
Mula               : 8.00 pagi (Pendaftaran)
Tempat            : Surau Taman Pulai Emas

Acara:
1) Larian Merdeka
      Kategori:       i )   Kanak-kanak  ( 12 tahun kebawah )
                            ii )  Remaja           ( 13-18 tahun )
                            iii)  Dewasa           ( 19 tahun keatas )

Sunday 31 July 2016

Majlis Sambutan Hari Raya

Program-program Sepanjang Syawal
1) 18 ~ 21 Julai 2016   : Marhaban Dewasa
2) 23 Julai 2016           : Marhaban Remaja
3) Majlis Sambutan Hari Raya & Meraikan Bakal Jemaah Haji



Sunday 19 June 2016

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN

Pihak surau telah merancang pelbagai program pada Ramadan tahun ini diantaranya:


1. Kuliah Subuh pada setiap hujung minggu (Jumaat & Sabtu )
2. Kuliah Jumaat
3. Majlis Khatam Al-Quran Dewasa, Lelaki & Wanita
4. Majlis Khatam Al-Quran Remaja, Lelaki & Wanita

5. Majlis Peyampaian Sumbangan
    i    Anak-anak Yatim     - 29 Orang
    ii   Ibu Tunggal              - 29 Orang
    iii  Khatam Al-Quran     - 26 Orang
    iv  Mualaf                      - 3 Orang
    v   OKU                         - 3 Orang
    vi  Kecemerlangan        - 29 Orang

6. Majlis Berbuka Puasa Perdana pada 18 Mac 2016
      i   Jualan Dulang           - 59 dulang
      ii  Berbuka Harian        - 15 Hari


 


Monday 23 May 2016

Gotong Royong Perdana


 Gotong Royong Perdana
 21 Mei 2016

Program Kem Ibadah


Program Kem Ibadah & Motivasi Ibubapa
Tarikh : 20-21 Mei 2016

Thursday 12 May 2016

Wednesday 20 April 2016

Program Solat Hajat, Yassin & Tahlil


Program : Program Solat Hajat, Yassin &Tahlil
Masa      : Selepas Solat Maghrib
Lokasi    : Ar-Raudhah As- Sakinah
Anjuran  : Pejabat Dearah Kulai bersama Surau TPE & Ketua-ketua Jabatan Kulai



Kursus Jenazah


Program : Kursus Jenazah
Tarikh    : 09 April 2016
Lokasi   : Surau Ar-Raudhah As-Sakinah

Kursus Jenazah telah diadakan pada 09 April 2016 bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.
Program ini telah dibuka  peyertaannya kepada  penduduk sekitar Taman Pulai Emas dan juga Taman Pulai Jaya dan ianya adalah diberikan secara percuma.

Tuesday 19 January 2016

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Surau Ar Raudhah As Sakinah 1437H

Majlis ini telah diadakan pada 15 januari 2016 bersamaan dengan 22 Rabiatulakhir 1437H. Majlis sambutan ini berjaya menarik seluruh jemaah sekitar Taman Pulai Emas, Taman Pulai Jaya dan sekitarnya, dianggarkan sekitar 500 jemaah bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Majlis bermula jam 6.15 petang dengan perarakkan jemaah yang diketuai oleh Imam Hamizat dan Imam Abd Majid. Para jemaah disajikan dengan hidangan yang telah disediakan oleh para AJK dan petugas.Program bersambung selepas solat maghrib dengan marhaban dan juga majlis peyampaian anugerah Kecemerlangan PT3 dan UPSR untuk anak-anak Taman Pulai Emas.Kemuncak program adalah syarahan perdana oleh Ustaz Mohidin dan Ustazah Isfadiah yang diadakan selepas solat isyak.Program berakhir pada jam 11.00 malam.


Sunday 10 January 2016